Menyedihkan Kisah Azizul!! TERIMA KASIH MB TERENGGANU Ahmad Razif Kerana TAK SUDI Bantu Kami Membeli Sebuah Basikal RoadBike!!

TERIMA KASIH MB Ahmad Razif Kerana TAK SUDI Bantu Kami
Menang pingat gangsa keirin olimpik rio 2016
Kejayaan jaguh sukan berbasikal negara, Mohd Azizulhasni Awang, meraih pingat gangsa di persada Olimpik Rio de Janeiro pagi tadi nyata membanggakan seluruh rakyat Malaysia.
Namun, di sebalik kejayaannya itu, pelumba basikal negara Azizulhasni Awangmenyimpan rasa terkilan terhadap kerajaan Terengganu.
Dalam tulisan penghargaan di Facebooknya hari ini, raja keirin Asia itu meluahkan rasa ‘terima kasih’ khas kepada menteri besar Terengganu, Ahmad Razif.
“Saya dan Fatehah (Mustapa) masih ingin mengucapkan terima kasih walaupun MB (menteri besar) tidak berkenan untuk membantu saya dan Fatehah, dua anak jati Negeri Terengganu yang berjuang di peringkat dunia dan Olimpik ini.
“Terima kasih kerana tidak sudi membelikan sebuah basikal ‘RoadBike’ untuk kegunaan kami dalam persiapan sukan Olimpik walaupun sudah dihantar proposal (cadangan) lebih kurang setahun sebelum Olimpik Rio,” ujarnya.
Terdahulu, Azizul meraih gangsa dalam saingan akhir kategori keirin di Veledrom Olimpik, awal pagi tadi.
Aziziul juga mengucapkan terima kasih kepada Ahmad kerana tidak memberikan maklum balas dan membisu apabila pengurusnya menghubungi pejabat menteri besar itu.
“Untuk pengetahuan MB, saya dan Fatehah atlet bertaraf dunia dan Olimpik ini sentiasa terlepas pandang oleh MB. Mungkin ianya adalah kerana faktor yang kami berlatih di luar negara.
“Diharap MB dapat mengambil semua ini sebagai suatu yang positif dan diharap semua ini akan membuka mata MB dan orang-orang yang sepatutnya memainkan peranan.
“Walau apa jua yang berlaku, kami tetap bangga menjadi anak jati negeri Terengganu dan kami Ganu Sokmo Boh,” katanya dalam tulisan panjang lebar itu. –MalaysiaKini
Dengan kejayaan menaiki podium, atlet keirin negara itu, bakal mendapat habuan daripada Yayasan Sime Darby (YSD) yang menghadiahkan RM100,000.
AzizulHasni Awang menang gangsa olimpik rio
Menyedihkan Kisah Azizul!! TERIMA KASIH MB TERENGGANU Ahmad Razif Kerana TAK SUDI Bantu Kami Membeli Sebuah Basikal RoadBike!! Menyedihkan Kisah Azizul!! TERIMA KASIH MB TERENGGANU Ahmad Razif Kerana TAK SUDI Bantu Kami Membeli Sebuah Basikal RoadBike!! Reviewed by admin on 02:48 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.