Inilah Kisah SEBENAR Mengapa Wanita Ini PUKUL Warga Emas Yang Jadi VIRAL !!!

PETALING JAYA: Rakaman video yang menunjukkan seorang wanita berbaju merah bertindak kasar terhadap seorang warga emas di Klinik Kesihatan Pusat Transformasi (UTC) Sentul semalam, difahamkan menghadapi masalah mental.
nenek
Seorang wanita yang menggunakan akaun Facebook Cik Adeq tampil membidas cercaan netizen dengan menyatakan wanita dalam video tersebut merupakan anak kandung warga emas terbabit dan mempunyai masalah mental.

“Untuk pengetahuan semua yang baju merah itu memang anak dia, tetapi anak dia mempunyai masalah mental.
“Tiada orang lain yang boleh membawa ibunya itu ke hospital selain daripada anaknya yang mental itu. Namun siapalah kita untuk adili anak dan ibunya,” tulisnya.

Video berdurasi 46 saat menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen selepas perbuatan wanita itu dianggap kejam dan tidak berperikemanusiaan terhadap seorang warga emas.
Netizen menunjukkan amarah dan mengecam tindakan wanita dalam video yang sehingga kini ditonton lebih 110,000 kali dan mencecah 2878 perkongsian.

Dalam pada itu jiran keluarga tersebut, Nisa Halid pula memberitahu ini merupakan kali pertama dia melihat si pelaku bertindak melampau.

“Dia memang sakit mental. Dia tinggal satu flat dengan saya. Tidak pasti sama ada di rumah dia melakukan perkara yang sama,” katanya.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R.Munusamy pihaknya masih belum menerima sebarang laporan mengenai insiden tersebut.

Ketika kejadian beberapa jururawat didapati sedang bertugas namun tiada yang menegur atau menghalang tindakan individu terbabit.
Inilah Kisah SEBENAR Mengapa Wanita Ini PUKUL Warga Emas Yang Jadi VIRAL !!! Inilah Kisah SEBENAR Mengapa Wanita Ini PUKUL Warga Emas Yang Jadi VIRAL !!! Reviewed by admin on 02:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.